Mengawal Faktor Risiko Angin Ahmar: Fibrilasi Atrium
- Article last reviewed 30 September 2024
- 6 mins read
Fibrilasi Atrium (AF) merupakan sejenis rentak degupan jantung tidak sekata yang lazim. Di Singapura, 1.5 peratus penduduk berusia 55 tahun ke atas mengalami AF. Risiko mengalami AF meningkat dengan usia, dari 0.1 peratus di kalangan pesakit berusia 55 tahun dan ke bawah sehingga 10 peratus di kalangan pesakit berusia 80 tahun dan ke atas. AF meningkatkan risiko angin ahmar sebanyak 5 kali ganda.
Apakah itu Fibrilasi Atrium (AF)?
Jantung mengepam darah ke seluruh badan. Dalam fungsi jantung yang normal, empat ruang jantung berdegup sekata, untuk memastikan aliran darah yang tekal. Walau bagaimanapun, dalam AF, rentak degupan ini terganggu dan ruang jantung berdegup secara tidak sekata dan pantas.
Bagaimanakah AF meningkatkan risiko angin ahmar?
Jantung yang berdegup tidak sekata boleh menyebabkan penggumpalan darah di dalam jantung. Sebahagian daripada gumpalan darah ini boleh terlepas dan bergerak lalu menyekat saluran darah di dalam otak dan mengakibatkan serangan angin ahmar.
Apakah tanda-tanda dan gejalanya?
Sesetengah orang tidak mengalami sebarang gejala dan tidak menyedari keadaan AF mereka sehingga ia ditemui semasa pemeriksaan perubatan. Mereka yang mempunyai gejala mungkin mengalami yang berikut:
- Degupan jantung yang kencang dan tidak teratur (degupan tambahan atau dilangkau)
- Sesak nafas
- Sakit dada atau keletihan
- Mabuk atau pening kepala
Apakah Faktor-faktor Risiko mendapat AF?
Faktor-faktor risiko lazim untuk Fibrilasi Atrium adalah:
- Tekanan darah tinggi
- Penyakit jantung iskemik
- Injap jantung tidak normal
- Fungsi mengepam jantung tidak normal
- Sick Sinus Syndrome (sejenis gangguan irama jantung)
Bagaimanakah ia didiagnosis?
Fibrilasi Atrium biasanya dikesan dengan merakam aktiviti elektrik jantung anda dengan menggunakan elektrokardiogram (ECG) atau pemantauan rentak degupan jantung berpanjangan (contohnya Holter).
Sila maklum bahawa alat IT moden yang menjejak kadar degupan jantung dan/atau tekanan darah, mungkin tidak dapat mengesan AF dengan tepat. Oleh itu, dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan anda.
Bagaimanakah AF dirawat?
Tujuan rawatan adalah untuk mengawal keadaan dan mencegah komplikasi.
Mengawal AF mungkin melibatkan:
- Merawat rentak degupan jantung anda untuk menjadikannya lebih sekata
- Merawat kadar degupan jantung anda untuk memperlahankannya
Pencegahan Angin Ahmar
Selain rawatan untuk AF, anda juga mungkin memerlukan rawatan untuk mengurangkan risiko anda mengalami serangan angin ahmar. Doktor anda akan membincangkan penggunaan ubat mencairkan darah (antikoagulan) untuk mengurangkan risiko diserang angin ahmar.
Antikoagulan
Antikoagulan yang lazim digunakan bagi pencegahan angin ahmar berkaitan dengan AF termasuk warfarin dan antikoagulan oral langsung (contohnya Apixaban, Rivaroxaban, Dabigatran dan Edoxaban), secara lazim dirujuk sebagai DOAC.
Apakah yang perlu saya ketahui tentang antikoagulan?
Ubat-ubatan
- Ambil ubat anda setiap hari dan patuhi arahan dos.
- Anda harus menerima kaunseling secara terperinci sebelum mengambil ubat-ubatan antikoagulasi.
Kurangkan risiko pendarahan
Pendarahan lebih mudah terjadi apabila anda sedang mengambil antikoagulan. Oleh itu, elakkan tingkah laku atau aktiviti yang boleh meningkatkan risiko kecederaan atau pendarahan.
Dapatkan nasihat pakar kesihatan anda
- Sebelum mengambil vitamin, produk kesihatan dan/atau ubat-ubatan tradisional— kerana sesetengahnya mungkin mengganggu kesan antikoagulan.
- Sebelum sebarang prosedur pergigian atau perubatan—untuk mengesahkan sekiranya perlu menghentikan antikoagulan untuk mengelakkan sebarang komplikasi pendarahan.
Dapatkan perhatian perubatan
- Jika anda mengalami pendarahan yang tidak terkawal, atau
- Jika anda mengalami tanda-tanda pendarahan yang berikut:
- Rasa loya berterusan, sakit perut, atau muntah darah atau bahan lain yang kelihatan seperti serbuk kopi
- Pendarahan haid berlebihan atau pendarahan antara haid
- Air kencing berwarna merah atau coklat gelap
- Najis berdarah atau berwarna gelap
- Lebam yang tidak dapat dijelaskan
Bagaimana lagi saya boleh mencegah angin ahmar?
Terdapat cara-cara lain yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko mengalami angin ahmar, seperti:
Article available in English, Chinese and Tamil.
For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.
Contributed By
- An initiative by the Stroke Services Improvement Team in collaboration with all public healthcare institutions.
Related support and tools
Related Topics
Explore some of these related topics