Anda harus terus mementingkan sukan dan senaman selepas diserangi angin ahmar. Anda mungkin menghadapi berbagai halangan seperti ketidakupayaan fizikal, keletihan atau kemurungan yang mungkin menyekat anda daripada menyambung semula aktiviti yang anda gemari. Lembaran fakta ini memberikan maklumat tentang manfaat-manfaat melibatkan diri dalam sukan dan/atau aktiviti fizikal selepas angin ahmar dan bagaimana anda boleh memulakan perjalanan aktif ini.
Mengapakah penyertaan dalam aktiviti sukan dan senaman bermanfaat?
Sukan dan aktiviti fizikal mempunyai pengaruh positif kepada semua orang. Tiada bezanya bagi pesakit angin ahmar. Penglibatan dalam sukan dan senaman memberi peluang untuk:
Mengurangkan risiko angin ahmar yang berulang dan penyakit kronik yang lain
Meningkatkan kesejahteraan psikologi Meningkatkan interaksi sosial
Membangunkan rasa nilai dan harga diri yang lebih tinggi
Mengurangkan kemurungan, tekanan dan rasa cemas
Memperbaiki imej tubuh
Meningkatkan interaksi sosial
Membina dan mengukuhkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan Belajar untuk bekerja sebagai satu pasukan, berkomunikasi dengan orang lain dan menyelesaikan masalah
Sebanyak berapakah senaman yang perlu anda lakukan?
Anda harus berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat yang disesuaikan untuk anda. Secara umum, sasarkan sekurang-kurangnya 150-300 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana setiap minggu.
Berdasarkan Garis Panduan Aktiviti Fizikal Singapura, ini adalah cara anda boleh menilai intensiti senaman:
Intensiti Ringan
Boleh bercakap dalam ayat penuh dan boleh menyanyi
Intensiti Sederhana
Boleh bercakap dalam frasa atau ayat pendek tetapi tidak boleh menyanyi
Intensiti Cergas
Sukar bercakap
Bagaimana untuk bermula?
1. Pastikan anda disahkan sihat oleh doktor
Selepas pulih daripada angin ahmar, dapatkan nasihat doktor atau pakar penjagaan kesihatan anda sebelum memulakan sebarang bentuk sukan atau program senaman. Lebih-lebih lagi jika anda sudah lama tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal.
2. Ketahuilah bagaimana angin ahmar telah menjejas diri anda
Sekiranya anda memang aktif sebelum diserang angin ahmar dan mahu kembali bersenam seperti dahulu, ia bergantung kepada bagaimana angin ahmar telah menjejas diri anda.
3. Pilih satu aktiviti dan mulakan
Anda mungkin perlu menyesuaikan atau mengubahsuaikan sukan/ senaman anda, atau mencuba aktiviti baru. Mula secara perlahan-lahan dengan senaman berintensiti rendah, kemudian tingkatkan secara beransur-ansur.
Berbincang dengan ahli fisioterapi atau ahli terapi cara kerja anda untuk mendapatkan nasihat tentang jenis senaman dan/atau mencari aktiviti kecergasan baru yang anda gemari.
Bagaimana untuk memulakan perjalanan aktif ini?
Berjalan atau program senaman di dalam rumah boleh disyorkan sebagai permulaan untuk meningkatkan aktiviti.
Cuba senaman berdekatan rumah cth. zon kecergasan luar, kelas senaman di pusat komuniti
Rujuk kepada pertubuhan-pertubuhan angin ahmar seperti Persatuan Angin Ahmar Nasional Singapura (SNSA) dan Stesen Sokongan bagi Pesakit Angin Ahmar (S3) untuk program dan aktiviti yang dianjurkan.
For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.
Contributed By
An initiative by the Stroke Services Improvement Team in collaboration with all public healthcare institutions.
There are many fun and exciting ways to embark on a healthy lifestyle and reap the benefits of physical activity without having to spend a ton of money. Engaging in at least 150-300 minutes of moderate-intensity aerobic activity weekly can help prevent Type-2 diabetes, heart disease and high blood pressure. Check out these 4 low-cost yet fun ideas that can get you moving!
The Recommended Dietary Allowances (RDA) refer to the recommended daily levels of nutrients to meet the needs of nearly all healthy individuals in a particular age and gender group