Fungsi kognitif merujuk kepada proses pemikiran. Ini adalah tentang bagaimana otak anda memahami, menyusun, menyimpan dan memperoleh semula maklumat. Kesukaran daya kognitif boleh terjadi selepas diserang angin ahmar. Jenis masalah daya kognitif yang mungkin anda alami bergantung kepada lokasi kerosakan otak akibat serangan angin ahmar.
Bagaimanakah angin ahmar menjejas fungsi kognitif saya?
1. Masalah Daya Ingatan
Ramai orang mengadu tentang masalah daya ingatan selepas diserang angin ahmar. Anda mungkin dapati bahawa anda memerlukan lebih banyak masa untuk memproses maklumat atau mempelajari sesuatu yang baru.
Proses daya ingatan dibahagikan kepada 3 peringkat.
PERINGKAT 1: Mempelajari tentang maklumat
PERINGKAT 2: Pengekalan maklumat buat jangka panjang
PERINGKAT 3: Memperoleh semula maklumat
Terdapat dua kategori daya ingatan, iaitu daya ingatan jangka pendek dan daya ingatan jangka panjang.
Berikut adalah beberapa contoh masalah yang berkait dengan:
Daya Ingatan Jangka Pendek
Daya Ingatan Jangka Panjang
Kesukaran mengingati apa yang baru sahaja dikatakan oleh seseorang kepada anda atau apa yang anda baru sahaja ingin lakukan.
Tersesat di tempat yang biasanya anda kenali atau mengambil masa lebih lama untuk melakukan tugas yang biasa anda lakukan masa dahulu.
Beberapa masalah daya ingatan disebabkan oleh kesukaran untuk memberikan tumpuan. Anda tidak boleh mengingati / melakukan apa yang disuruh jika anda tidak boleh menumpukan perhatian semasa perbualan atau melakukan tugas.
Berikut adalah beberapa contoh-contoh masalah daya ingatan disebabkan kesukaran untuk memberikan tumpuan.
• Kesukaran melakukan pelbagai tugas dalam satu masa. • Mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk melakukan sesuatu. • Kesukaran untuk memulakan semula sesuatu tugas selepas perhatian terganggu.
2. Masalah Fungsi Eksekutif
Selain berupaya menerima dan menyimpan maklumat, otak kita melakukan pelbagai proses pemikiran yang lain. Masalah fungsi eksekutif boleh menjejas keupayaan seseorang untuk menguruskan diri mereka dalam mencapai matlamat.
Berikut adalah beberapa proses fungsi eksekutif:
Mengawal Kehendak
Keupayaan untuk mengawal dan berfikir sebelum bertindak
Memantau Diri Sendiri
Keupayaan untuk menilai sendiri prestasi atau tingkah laku anda
Merancang
Keupayaan untuk merancang semua langkah atau meyusun langkah-langkah dengan betul untuk sesuatu tugas
Daya Ingatan Jangka Pendek
Keupayaan untuk menyimpan maklumat di dalam minda
Memulakan
Keupayaan untuk memulakan sesuatu tugas
Mengawal Fleksibiliti
Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan dan penyelesaian masalah
Mengawal Emosi
Keupayaan untuk menguruskan perasaan anda
Mengurus
Keupayaan untuk menguruskan kerja atau pelbagai tugas
3. Masalah Mengenali Benda atau Perkara (Agnosia)
Otak anda mengenali objek dalam 2 peringkat.
PERINGKAT 1
Menerima maklumat daripada deria anda tentang bagaimana rupa, rasa dan bunyi sesuatu objek.
PERINGKAT 2
Membandingkan maklumat yang diterima dengan maklumat dalam ingatan anda.
Ia memperoleh semula maklumat daripada ingatan anda tentang nama objek tersebut dan apa fungsinya.
Biasanya sukar untuk membezakan antara kesukaran berbahasa dan agnosia.
Agnosia boleh menjejas anda melalui cara-cara yang khusus. Menggunakan cawan sebagai contoh, orang yang menghidap agnosia mungkin mengalami perkara-perkara berikut.
Tidak dapat mengenali cawan hanya dengan melihatnya. Bagaimanapun, dia boleh mengenalinya melalui daya sentuhan.
Dia boleh menerangkan rupa atau penggunaan cawan tetapi tidak berupaya mengatakan bahawa itu adalah cawan.
Bagaimanakah Fungsi Kognitif Dinilai?
Pemeriksaan Daya Kognitif
Pemeriksaan daya kognitif adalah satu cara mudah untuk menilai daya ingatan anda dan kemahiran pemikiran yang lain. Ia membantu menunjukkan sekiranya penilaian daya kognitif yang lebih terperinci diperlukan.
Pemeriksaan daya kognitif tidak digunakan untuk menentukan penyakit kognitif tertentu dan tidak menggantikan perundingan dengan doktor anda. Sekiranya masalah kognitif dikesan, anda harus membuat lawatan susulan untuk menjalani penilaian kognitif lebih terperinci dengan doktor anda.
Penilaian Daya Kognitif yang Lengkap
Anda mungkin dirujuk untuk mendapatkan penilaian daya kognitif terperinci. Ini biasanya dilakukan oleh doktor, jururawat, ahli terapi carakerja (OT), atau ahli psikologi.
Ia adalah Penting untuk menjalani penilaian ini kerana keputusannya akan membantu pasukan penjagaan angin ahmar anda menentukan cara yang terbaik untuk membantu anda.
Adakah ia akan beransur pulih?
Bagi sesetengah orang, masalah kognitif boleh pulih dari masa ke masa, sama ada secara spontan atau menerusi pemulihan. Bagi yang lain, ia mungkin kekal tanpa sebarang perubahan dan bagi beberapa orang pula, keadaan mereka boleh menjadi bertambah teruk.
Adakah terdapat cara pengurusan yang boleh membantu?
Bergantung kepada jenis dan seteruk mana masalah kognitif yang dialami, sebahagian besar rawatan menumpukan kepada cara-cara untuk sama ada memperbaiki atau menangani masalah yang dialami.
Strategi Pemulihan
Seorang pakar psikologi neuro dan/atau ahli terapi pekerjaan (OT) boleh mengajar anda beberapa senaman kognitif untuk memperbaiki daya ingatan dan kemahiran anda untuk menyelesaikan masalah.
Seorang ahli terapi seni atau muzik juga mungkin terlibat untuk memberi anda senaman kognitif. Senaman kognitif ini mungkin terdiri daripada permainan, teka-teki dan aktiviti harian yang dapat memperbaiki daya kognitif.
Teknik Pampasan
Teknik pampasan adalah strategi yang bertujuan untuk membantu anda dalam menghadapi kesukaran dan tidak semestinya dapat menmperbaiki daya kognitif anda. Bantuan seperti ini mungkin melibatkan penggunaan buku perancang harian dan buku nota daya ingatan.
For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.
Contributed By
An initiative by the Stroke Services Improvement Team in collaboration with all public healthcare institutions.
There are many fun and exciting ways to embark on a healthy lifestyle and reap the benefits of physical activity without having to spend a ton of money. Engaging in at least 150-300 minutes of moderate-intensity aerobic activity weekly can help prevent Type-2 diabetes, heart disease and high blood pressure. Check out these 4 low-cost yet fun ideas that can get you moving!
The Recommended Dietary Allowances (RDA) refer to the recommended daily levels of nutrients to meet the needs of nearly all healthy individuals in a particular age and gender group