Mengalami masalah fungsi pundi kencing dan usus selepas diserang angin ahmar adalah satu perkara biasa. Ini boleh menjadi isu sensitif kepada ramai orang dan menjejas kesejahteraan diri mereka secara keseluruhan.
Bincangkan dengan Pasukan Penjagaan Angin Ahmar anda sekiranya anda mengalami masalah mengawal pundi kencing atau usus selepas diserang angin ahmar. Masalah kawalan pundi kencing dan usus dapat diuruskan secara senyap dengan nasihat dan persiapan yang baik.
Mengapakah masalah pundi kencing dan usus terjadi selepas diserang angin ahmar?
Anda mungkin mengalami masalah kawalan pundi kencing atau usus selepas diserang angin ahmar kerana pelbagai sebab.
Punca Dari Sistem Saraf Pusat
Disebabkan oleh kerosakan di beberapa bahagian otak akibat angin ahmar.
Ubat-ubatan
Beberapa jenis ubat-ubatan boleh menjejas kawalan pundi kencing atau usus.
Komplikasi
Anda mungkin berisiko terkena jangkitan saluran kencing yang boleh menyebabkan masalah kawalan pundi kencing.
Perubahan Fizikal
Kelemahan fizikal dan kehilangan sensasi boleh menjejas keupayaan anda untuk bergerak. Anda mungkin tidak dapat ke tandas tepat pada masa atau mungkin menghadapi kesukaran dalam daya kawalan anda.
Perubahan kognitif dan kesukaran bertutur selepas diserang angin ahmar boleh menjejas keupayaan anda untuk menyampaikan keperluan anda untuk ke tandas kepada penjaga anda.
Anda mungkin kurang makan atau minum dengan perubahan dalam konsistensi diet anda disebabkan masalah untuk menelan selepas angin ahmar. Sembelit boleh terjadi akibat dehidrasi dan kekurangan zat.
Aktiviti Fizikal yang Berkurangan
Aktiviti fizikal anda mungkin berkurangan buat sementara waktu disebabkan ketidakupayaan selepas diserang angin ahmar. Anda mungkin berisiko mengalami sembelit.
Apakah rawatan-rawatan yang tersedia?
Penjagaan awal selepas angin ahmar
Pemantauan
Carta Pengambilan dan Pembuangan Jururawat akan memantau jumlah yang anda minum, makan, membuang air kecil dan berapa kali anda buang air besar selama beberapa hari.
Mengukur saki-baki air kencing di dalam pundi kencing selepas membuang air kecil Doktor atau jururawat mungkin memeriksa jumlah sisa air kencing dalam pundi kencing anda menggunakan pengimbas pundi kencing atau kateter (tiub).
Jumlah sisa air kencing yang besar mungkin menandakan saluran kencing tersumbat atau masalah fungsi otot pundi kencing.
Pemeriksaan
Analisis Air Kencing Jika jangkitan pada saluran kencing disyaki, sampel air kencing anda mungkin dihantar untuk ujian.
Alat Pembantu
Jika anda memerlukan bantuan fizikal tahap ringan hingga sederhana, jururawat boleh menawarkan bekas untuk membuang air kecil dan besar seperti ‘bedpan’ atau ‘urinal’ di sisi katil atau memindahkan anda ke tandas dengan menggunakan kerusi tandas beroda.
Pad penyerap air dan kateter(tiub)
Jika anda memerlukan bantuan fizikal tahap maksimum atau anda belum cukup sihat untuk meraih semula kawalan pundi kencing dan usus anda, anda mungkin ditawarkan untuk memakai lampin.
Jika anda tidak dapat membuang air kecil sepenuhnya, kateter(tiub) mungkin dimasukkan untuk mengeluarkan air kencing ke dalam sebuah beg. Ini mungkin dimasukkan dan disimpan buat jangka masa singkat atau dilakukan beberapa kali sehari untuk memastikan anda selesa dan mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing.
Latihan pundi kencing dan usus boleh memperbaiki simptom dan memulihkan fungsi kawalan usus dan pundi kencing yang normal. Program latihan pundi kencing dan usus biasanya disesuaikan kepada setiap individu.
Masalah pundi kencing
Teknik Tingkah Laku
Latihan pundi kencing dengan menahan kencing anda buat jangka masa tertentu selepas terasa keinginan untuk membuang air kecil. Ini adalah untuk menguatkan keupayaan pundi kencing untuk menahan lebih banyak air kencing dan memanjangkan masa antara lawatan ke tandas.
Jadualkan untuk ke tandas setiap 2 hingga 3 jam dan bukan hanya apabila perlu.
Senaman Otot Lantai Pelvik
Senaman lantai pelvik membantu menguatkan otot lantai pelvik. Ini boleh meningkatkan kawalan pundi kencing dan mengurangkan air kencing daripada menitis.
Bagaimana cara melakukannya?
Ketatkan otot yang digunakan untuk menghentikan kencing dantahan selama 5 saat. Kemudian rehat selama 5 saat.
Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 3 set dengan 10 ulangan setiap hari.
Alat Perubatan dan Pembedahan
Terdapat beberapa peralatan perubatan dan prosedur pembedahan untuk merawat masalah kawalan pundi kencing. Bincangkan dengan pasukan penjagaan angin ahmar anda. Anda mungkin dirujuk kepada pakar jika perlu.
Ubat-ubatan
Beberapa ubat-ubatan mungkin diberi bagi membantu mengurangkan pengeluaran air kencing, perasaan tidak berdaya untuk menahan dan kekerapan.
Bowel Issues
Teknik Tingkah Laku
Latihan fungsi usus boleh dilakukan dengan menjadualkan lawatan ke tandas secara kerap (contohnya selepas makan apabila usus dirangsang untuk bergerak dengan refleks semula jadi). Ia boleh membantu meningkatkan keupayaan anda untuk menahan dan melambatkan pergerakan usus sehingga anda sampai ke tandas.
Pembedahan
Terdapat beberapa prosedur pembedahan untuk merawat masalah kawalan usus. Bincangkan dengan pasukan penjagaan angin ahmar anda. Anda mungkin dirujuk kepada pakar jika perlu.
Ubat-ubatan
Anda mungkin diberikan laksatif atau pelembut najis untuk merawat sembelit.
Bagaimanakah penjaga atau keluarga saya boleh membantu?
Bagi sesetengah orang yang mengalami serangan angin ahmar yang teruk, mereka kurang berkemungkinan meraih pemulihan penuh. Dalam keadaan yang sedemikian, pasukan penjagaan angin ahmar anda akan menilai dan mengesyorkan mengikut keperluan anda (Contohnya, lampin, kateter(tiub) untuk membuang air kencing secara tetap atau berselang-seli).
Kebersihan diri dan penjagaan kulit adalah penting untuk melindungi anda daripada jangkitan saluran kencing dan kerosakan kulit.
Panduan untuk menangani masalah kawalan pundi kencing atau usus
Sokongan
Bincangkan dengan doktor atau jururawat tentang keprihatinan anda. Mereka boleh menasihatkan anda pilihan yang sesuai, dan rujukkan anda kepada penasihat pakar jika diperlukan.
Gaya hidup
Jadualkan lawatan tandas secara kerap untuk mengelak daripada terkencing.
Pakai pakaian yang mudah ditanggalkan untuk keperluan tandas.
Kekalkan gaya hidup aktif agar anda mudah membuang air besar secara kerap.
Penjagaan kulit
Menjaga kebersihan dan penjagaan kulit yang baik adalah penting untuk mencegah sebarang kerosakan kulit.
Krim pelindung boleh diperolehi dari farmasi untuk mengurangkan risiko mendapat ruam dan kerosakan kulit.
Diet
Mengurangkan jumlah pengambilan air sebelum tidur akan membantu mengelakkan anda daripada terkencing lewat malam.
Sebaliknya minum lebih banyak air pada waktu siang.
Anda digalakkan mengambil 6 hingga 8 gelas air setiap hari (kecuali jika terdapat kontraindikasi secara perubatan). Ini dapat membantu mengelakkan jangkitan saluran kencing dan sembelit.
Kurangkan minuman yang mengandungi kafein (contohnya, kopi, teh, coca cola) dan alkohol kerana ia boleh menyebabkan iritasi kepada pundi kencing anda.
Ambil makanan yang sihat dan seimbang. Makanan tinggi serat boleh membantu mencegah sembelit.
For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.
Contributed By
An initiative by the Stroke Services Improvement Team in collaboration with all public healthcare institutions.
There are many fun and exciting ways to embark on a healthy lifestyle and reap the benefits of physical activity without having to spend a ton of money. Engaging in at least 150-300 minutes of moderate-intensity aerobic activity weekly can help prevent Type-2 diabetes, heart disease and high blood pressure. Check out these 4 low-cost yet fun ideas that can get you moving!
The Recommended Dietary Allowances (RDA) refer to the recommended daily levels of nutrients to meet the needs of nearly all healthy individuals in a particular age and gender group