Minum alkohol secara berlebihan boleh meningkatkan risiko anda mengalami angin ahmar. Kuncinya adalah kesederhanaan atau dalam sesetengah kes, lebih baik mengelakkan sepenuhnya jika risiko melebihi manfaat. Lembaran fakta ini memberikan maklumat tentang pengambilan alkohol selepas angin ahmar dan panduan yang boleh membantu anda mengehadkan pengambilan alkohol anda.
Bolehkah saya minum alkohol selepas mengalami angin ahmar?
Anda dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor anda sama ada anda dibenarkan mengambil alkohol, kerana ini mungkin menimbulkan risiko yang tidak diingini atau yang memudaratkan penyakit anda dan ubat-ubatan preskripsi anda.
Bagaimana pengambilan alkohol boleh meningkatkan risiko angin ahmar?
Pengambilan alkohol secara berlebihan meningkatkan risiko anda mengalami angin ahmar . Pengambilan alkohol turut menyumbang kepada keadaan kesihatan lain yang merupakan faktor risiko untuk mendapat angin ahmar seperti,
Walaupun penting untuk mengehadkan pengambilan alkohol, kekal aktif secara sosial masih digalakkan. Anda boleh menikmati pelbagai minuman tanpa alkohol sebagai alternatif yang lebih sihat di majlis-majlis sosial.
Simpan diari untuk mengawasi jumlah alkohol yang anda minum setiap hari.
Tetapkan had alkohol dan berusaha untuk kekal di bawah had ini.
Elakkan minum alkohol semasa perut kosong. Meminum semasa anda makan boleh melambatkan penyerapan alkohol.
Pilih alternatif lain. Cuba minum jus buah atau minuman tanpa alkohol.
Ramai orang gemar minum alkohol untuk menenangkan diri. Cuba aktiviti-aktiviti lain yang akan membantu anda menenangkan diri seperti yoga atau kelas terapi relaksasi.
Kemurungan merupakan satu perkara biasa selepas angin ahmar dan sesetengah orang biasanya akan berpaling kepada minuman alkohol. Jika anda berasa tertekan, berbincang dengan keluarga atau rakan anda atau sertai kumpulan sokongan.
Di mana boleh saya dapatkan bantuan?
Jika anda menghadapi kesukaran untuk mengawal pengambilan alkohol anda, terdapat beberapa sumber yang boleh anda rujuki.
Alcoholics Anonymous
Alcoholics Anonymous merupakan sekumpulan lelaki dan wanita yang berkongsi pengalaman, kekuatan dan harapan antara satu sama lain agar mereka dapat menyelesaikan masalah yang sama-sama dialami dan membantu orang lain untuk pulih dari ketagihan alkohol.
Kumpulan Keluarga Al-Anon Singapura merupakan sekumpulan saudara-mara dan rakan-rakan penagih alkohol yang berkongsi pengalaman, kekuatan dan harapan mereka untuk menyelesaikan masalah yang sama-sama mereka alami. Kami percaya bahawa ketagihan alkohol adalah penyakit keluarga dan perubahan sikap boleh membantu dalam pemulihan.
Khidmat Pengurusan Penagihan Kebangsaan (NAMS) telah ditubuhkan di Institut Kesihatan Mental (IMH) pada tahun 2008 dengan sokongan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menyediakan rawatan bagi orang-orang yang mengalami ketagihan.
Di NAMS, kami menyediakan rawatan dan sokongan bagi ketagihan dadah, alkohol, perjudian, permainan video dan lain-lain.
Alamat: Block 9 (Level 1), Buangkok Green Medical Park, 10 Buangkok View, Singapore 539747
WE CARE menawarkan kaunseling dan program untuk semua bentuk ketagihan termasuk dadah, alkohol, perjudian, seks, gangguan pemakanan, internet dan mencuri. Ia juga merupakan sebuah pusat berasaskan masyarakat yang boleh dilawati oleh individu yang sedang dalam proses pemulihan. Dengan menyediakan persekitaran yang selamat, pesakit kami dapat menumpukan kepada pemulihan mereka.
There are many fun and exciting ways to embark on a healthy lifestyle and reap the benefits of physical activity without having to spend a ton of money. Engaging in at least 150-300 minutes of moderate-intensity aerobic activity weekly can help prevent Type-2 diabetes, heart disease and high blood pressure. Check out these 4 low-cost yet fun ideas that can get you moving!
The Recommended Dietary Allowances (RDA) refer to the recommended daily levels of nutrients to meet the needs of nearly all healthy individuals in a particular age and gender group