Kekejangan otot (otot spastik) selepas angin ahmar boleh menyebabkan otot pada bahagian tubuh yang terjejas menjadi kaku dan boleh menyebabkan kesakitan. Selepas diserang angin ahmar, kira-kira 1 dalam 3 pesakit mengalami kekejangan. Ketahui lebih lanjut tentang kekejangan dan rawatannya di sini.
Apakah itu Kekejangan?
Otak kita menghantar isyarat kepada otot untuk mengawal pergerakan. Apabila bahagian otak ini rosak selepas angin ahmar, isyarat yang dihantar mungkin terjejas dan boleh mengakibatkan otot menjadi kaku, yang disebut sebagai kekejangan.
Kekejangan yang dialami mungkin ringan, seperti rasa ketat pada otot. Bagi sesetengah orang pula, ia boleh menyebabkan kekejangan yang sakit dan tidak terkawal pada kaki dan tangan. Ia juga boleh menyebabkan sendi menjadi kaku, yang dikenali sebagai penguncupan (‘contracture’).
Beberapa contoh kekejangan otot selepas angin ahmar termasuk:
Siku yang bengkok
Tangan yang tergenggam ketat
Lengan yang tertekan ke dada
Meluruskan kaki yang tidak boleh dikawal dan posisi tapak kaki yang mengarah ke bawah
Apakah kesan-kesan kekejangan otot?
Kekejangan tidak selalunya negatif. Ia boleh membantu memberi sokongan pada anggota badan yang terjejas semasa melakukan aktiviti. Bagaimanapun, kekejangan yang teruk biasanya menghalang pergerakan untuk berfungsi dan menyebabkan masalah sendi. Oleh itu, aktiviti seharian seperti berjalan, mandi, makan dan menyarung pakaian boleh menjadi sukar.
Kekejangan boleh menyebabkan:
Kekakuan
Kekejangan otot
Kesakitan
Penguncupan(sendi menjadi tetap dalam satu posisi)
Keletihan
Masalah pergerakan
Apakah rawatan untuk kekejangan?
Berikut adalah beberapa strategi dan rawatan untuk kekejangan.
Fisioterapi dan Terapi Cara Kerja
Bergantung kepada bahagian yang terjejas dan sejauh mana ianya teruk, ahli terapi anda akan mencadangkan senaman dan strategi lain yang sesuai untuk memperbaiki mutu pergerakan dan kawalan otot anda.
Ia termasuk:
Senaman, regangan dan pergerakan seperti:
Senaman menggerakkan sendi dan senaman menguatkan otot, sama ada secara aktif atau dibantu oleh seseorang
Regangan ringan pada otot yang lebih ketat
Membetulkan posisi anggota tubuh yang terjejas
Menjaga anggota tubuh yang terjejas untuk mengelakkannya daripada kecederaan
Memberi nasihat untuk terus kekal aktif
Otot yang kaku boleh dikurangkan menerusi pergerakan yang kerap. Berduduk terlalu lama tanpa menggerakkan tubuh boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan mengakibatkan penguncupan otot. Oleh itu, ianya penting untuk bergerak sekerap mungkin. Sertai kumpulan senaman atau minta keluarga dan rakan-rakan anda membantu anda berlatih melakukan tugas dan bergerak lebih.
Mengubahsuai aktiviti harian
Pelajari cara baru untuk melakukan tugas seharian seperti berjalan, mandi, menyarung pakaian, dan makan.
Pengubahsuaian rumah
Untuk mengatasi batasan fizikal yang disebabkan oleh kekejangan, perubahan kepada persekitaran rumah mungkin diperlukan. Beberapa contoh ialah menggunakan palang pemegang tangan, tanjakan, tempat duduk tandas yang ditinggikan dan jubin tahan gelincir pada lantai tandas.
Menggunakan alat bantuan dan/atau peralatan yang sesuai
Alat pengampuh (‘splint’) dan pendakap sendi (‘gaiter’) boleh digunakan untuk mengekalkan pergerakan sendi dan memperbaiki posisi sendi. Alat bantuan dan peralatan yang sesuai seperti alat bantu makan, kerusi mandi/komod, alat bantu berjalan, dan kerusi roda membolehkan anda melakukan aktiviti harian dengan lebih mudah.
Perangsang Elektrik (FES)
FES boleh digunakan bagi menguatkan otot yang terjejas untuk mempelajari semula fungsi seperti menggenggam, mencapai dan berjalan. Ini mungkin dicadangkan oleh ahli terapi anda selepas penilaian mereka untuk menentukan kesesuaian untuk anda.
Ubat-ubatan
Bagi sesetengah orang, doktor anda mungkin memberikan preskripsi ubat-ubatan melalui salah satu kaedah yang berikut:
Oral (melalui mulut)
Terdapat ubat-ubatan oral yang boleh melegakan kekejangan seperti Baclofen.
Suntikan
Terapi Botox lebih disasarkan dan digunakan untuk rawatan setempat kekejangan. Toksin Botulinum disuntik secara tepat kepada otot yang terjejas untuk mengurangkan kekakuan otot tersebut. Ini boleh memperbaiki posisi dan fungsi. Biasanya kesannya dapat dilihat dalam masa 7 hingga 10 hari dan bertahan selama 3 hingga 6 bulan. Untuk pemulihan fungsi yang maksimal, ianya penting untuk menggabungkan terapi Botox dengan fisioterapi dan terapi cara kerja.
Pembedahan
Terdapat prosedur pembedahan bagi rawatan kekejangan yang menyebabkan kesukaran pergerakan dengan kehidupan harian. Bagaimanapun, pembedahan bukanlah pilihan untuk semua orang. Manfaat pembedahan harus dipertimbangkan secara teliti dengan risikonya.
Untuk mencapai hasil yang terbaik bagi diri anda atau orang yang anda sayangi, sila dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar kesihatan bersekutu yang menjaga anda.
For more information on how to better manage your stroke recovery journey, visit Stroke E-Resources.
Contributed By
An initiative by the Stroke Services Improvement Team in collaboration with all public healthcare institutions.
There are many fun and exciting ways to embark on a healthy lifestyle and reap the benefits of physical activity without having to spend a ton of money. Engaging in at least 150-300 minutes of moderate-intensity aerobic activity weekly can help prevent Type-2 diabetes, heart disease and high blood pressure. Check out these 4 low-cost yet fun ideas that can get you moving!
The Recommended Dietary Allowances (RDA) refer to the recommended daily levels of nutrients to meet the needs of nearly all healthy individuals in a particular age and gender group