Anda mungkin mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti harian anda selepas angin ahmar. Ahli terapi carakerja boleh membantu anda mempelajari semula kemahiran yang hilang dan menasihatkan cara-cara penyesuaian tugas supaya anda boleh terus melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang bermakna kepada anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan terapi carakerja?
Terapi carakerja (OT) ialah pekerjaan penjagaan kesihatan yang bertujuan untuk membolehkan pesakit mengambil bahagian dalam aktiviti harian yang mereka perlu atau ingin lakukan. Ahli terapi carakerja membantu pesakit dalam penjagaan diri, melakukan kerja atau beriadah selepas angin ahmar.
Bagaimana terapi carakerja boleh membantu?
Ahli terapi carakerja menggunakan aktiviti harian dalam perjalanan pemulihan anda untuk membantu anda mencapai matlamat anda. Ahli terapi carakerja akan bekerjasama untuk membantu anda mempelajari semula kemahiran dan menyelesaikan masalah bagi meningkatkan keupayaan melakukan aktiviti-aktiviti yang penting. Mereka juga boleh membantu anda menemukan cara baru untuk melakukan sesuatu tugas atau mengesyorkan peralatan bantuan atau yang disesuaikan yang boleh memudahkan penyertaan anda dalam aktiviti harian, seperti kerusi mandi untuk mandi atau kerusi roda untuk membantu dalam pergerakan. Untuk memastikan keselamatan anda di rumah, ahli terapi carakerja juga boleh memberikan nasihat tentang pengubahsuaian rumah dan menjalankan latihan bagi para penjaga. Selain penjagaan diri, mereka juga akan menilai keupayaan anda untuk menguruskan aktiviti harian seperti membeli-belah, memasak, menguruskan wang, dan tugas yang berkaitan dengan pekerjaan.
Di mana saya akan menjalani terapi?
Anda akan dirawat oleh ahli terapi carakerja di hospital apabila kesihatan anda sudah stabil. Anda boleh terus menerima rawatan pemulihan selepas itu dalam unit pemulihan khas (di hospital tersebut atau hospital masyarakat). Terapi boleh diteruskan di klinik pesakit luar hospital, pusat-pusat pemulihan siang hari atau khidmat terapi di rumah selepas anda dibenarkan keluar dari hospital. Adalah penting untuk anda berbincang dengan doktor dan ahli terapi anda untuk mengetahui apakah yang terbaik untuk diri anda.
Bagaimanakah penjaga atau keluarga saya boleh membantu?
Kami menggalakkan penjaga atau ahli keluarga anda untuk menghadiri sesi pemulihan bersama anda. Mereka boleh menjadi sumber sokongan sosial untuk anda dan juga membantu anda dalam proses pemulihan anda. Ahli terapi carakerja anda juga boleh melatih penjaga atau ahli keluarga anda untuk memberikan tahap bantuan yang sesuai mengikut keperluan, serta membantu anda melakukan senaman ringkas di rumah bagi menggalakkan amalan dan aktiviti yang berterusan.
Tip untuk pemulihan
Amalkan aktiviti-aktiviti yang disarankan oleh ahli terapi carakerja secara kerap.
Lebih kerap anda berlatih, lebih baik peluang anda untuk pulih.
Libatkan dan gerakkan bahagian yang terjejas sekerap mungkin semasa tugas harian.
Bersabar dan berusaha untuk jangka panjang dan bukan hasil yang segera.
Senaman mungkin membuat anda cepat letih pada mulanya. Bagaimanapun, adalah penting untuk anda lakukan dan meningkatkan daya tahan anda secara beransur-ansur.
There are many fun and exciting ways to embark on a healthy lifestyle and reap the benefits of physical activity without having to spend a ton of money. Engaging in at least 150-300 minutes of moderate-intensity aerobic activity weekly can help prevent Type-2 diabetes, heart disease and high blood pressure. Check out these 4 low-cost yet fun ideas that can get you moving!
The Recommended Dietary Allowances (RDA) refer to the recommended daily levels of nutrients to meet the needs of nearly all healthy individuals in a particular age and gender group